Permohonan: Malaysia Pengesahan Perkhidmatan Kewangan

Arahan:

Borang ini bertujuan untuk menyokong dasar Google untuk pengiklan Perkhidmatan Kewangan di Malaysia.

  1. Jika anda adalah wakil yang diberi kuasa (seperti agensi pemasaran atau anak syarikat) yang memegang ID Google Ads bagi pihak pelanggan atau syarikat induk berlesen anda. Sila jangan berikan maklumat anda sendiri, dan sebaliknya tolong berikan butiran maklumat pelanggan atau syarikat induk anda semasa memohon.
  2. Sebaik sahaja anda melengkapkan borang, anda akan menerima e-mel pengesahan (yang juga akan disalin kepada Google).
  3. E-mel pengesahan akan merangkumi kod khusus untuk permohonan anda ("kod G2RS" anda). Sila simpan kod G2RS anda dan rahsiakan.
  4. Dalam masa 5 hari dari tarikh permohonan, anda akan menerima maklumat dari G2RS untuk memberitahu anda megenai status permohonan anda samada di luluskan atau ditolak.
  5. Jika diluluskan, anda mesti kembali ke Google dan kemudian masukkan kod G2RS anda dalam borang mereka, bersama dengan maklumat yang sama dengan yang diberikan di bawah.
AMARAN: Jangan mohon untuk pengiklanan dengan Google sehingga permohonan anda dengan G2RS telah diproses dan diluluskan. Sekiranya anda memohon dengan Google sebelum kelulusan G2RS, berkemungkinan besar permohonan anda akan ditolak.
* Medan yang diperlukan
Jika anda tidak ingat Kod G2RS anda, sila e-mel Pasukan Sokongan G2RS
had 750 perkataan

Sila mohon semula dengan data yang telah dikemukakan sebelum ini daripada permohonan terdahulu anda. Untuk mengesahkan identiti anda, anda akan dihantar kod pengesahan ke e-mel yang dimasukkan dalam penyerahan terakhir7 anda.

Mohon semula dengan borang kosong.

Tidak menerima kod?
Kod telah dihantar ke e-mel yang dimasukkan dalam penyerahan terakhir anda. Jika anda tidak menerima e-mel yang mengandungi kod pengesahan, sila hubungi Pasukan Sokongan G2RS

Penidakan: Anda mesti memastikan bahawa nama, ID, dan domain yang anda masukkan di bawah adalah tepat hingga ke huruf. Jika mana-mana maklumat ini tidak sama atau sepadan dengan apa yang anda berikan kepada Google, atau apa yang anda telah berikan kepada pengawal selia Malaysian, anda mungkin akan mengalami kelewatan yang ketara dan atau kemungkinan permohonan anda akan ditolak.

Apabila disediakan oleh pengawal selia yang berkenaan, medan domain dan e-mel pada profil lessen/pendaftaran awam anda mesti dilengkapkan dan kelihatan. Sila ambil perhatian, kegagalan melengkapkan medan ini sebelum mengemukakan permohonan anda boleh mengakibatkan kelewatan yang ketara dan/atau kebarangkalian permohonan anda akan ditolak.

Sila nyatakan kategori Perkhidmatan Kewangan yang anda sediakan (tandakan semua yang berkenaan): *


Sila nyatakan pengecualian berikut yang anda percaya terpakai kepada perniagaan anda. Sila ambil perhatian: Anda mungkin akan diminta menyediakan surat-suratan untuk mengesahkan bahawa anda layak untuk dari pengecualian yang dipilih.

Sila tandakan kotak yang paling sesuai menerangkan model perniagaan anda:

Sila Ambil Perhatian: (1) Anda perlu menyediakan pendedahan awam yang mudah ditemui bagi semua penyedia perkhidmatan kewangan pihak pertama anda yang dikawal oleh selia di laman web anda. Anda perlu menyediakan butiran-butiran kawal selia salah satu daripada penyedia Perkhidmatan Kewangan pihak pertama anda yang dikawal oleh selia.

Model Perniagaan Bukan FS Tambahan FS 1P yang Dikawal Selia
Pengedar Kereta Pembiayaan Kereta, Pajakan Kereta, Insurans Kereta
Pasaran Pengedar Kereta Pembiayaan Kereta, Pajakan Kereta, Insurans Kereta
Ejen Pelancongan Dalam Talian Insurans Perjalanan
Runcit Beli Sekarang Dan Bayar Kemudian

Sila berikan penerangan secara ringkas mengenai perniagaan yang anda promosikan pada iklan Google dan dengan wajar anda untuk mensasarkan kata kunci yang berkaitan dengan perkhidmatan kewangan. Di samping itu, jika anda menerima berita daripada Google yang menyatakan bahawa keperluan pengiklanan Perkhidmatan Kewangan terpakai kepada anda, tetapi anda tidak percaya anda telah mensasarkan pengguna perkhidmatan kewangan, sila nyatakan di bawah.

Jika anda dikecualikan daripada mendapatkan lesen atau mempunyai sebarang kelulusan khas atau permit daripada pengawal selia, anda boleh memuat naik sehingga 2 dokumen di sini.

Anda boleh memasukkan sebarang nota tambahan mengenai perniagaan anda di sini. Jika anda telah memuat naik dokumen, sila berikan penerangan ringkas mengenai dokumen tersebut.

Sila berikan ID Pelanggan Google Ads anda *
Sila pastikan anda menaip ini dengan betul. Hanya SATU ID Pelanggan Google Ads dibenarkan setiap permohonan. Sebarang kesilapan akan membawa kepada permohonan anda akan ditolak.
Jangan masukkan sengkang. Akaun pengurus (akaun yang membantu anda menguruskan berbilang akaun) tidak layak; setiap akaun anak mesti dikemukakan secara berasingan.
Klik Di Sini untuk bantuan mencari ID Pelanggan Google Ads anda.

10 digit, tiada sengkang, cth. 1234567890

Sila terangkan hubungan anda sejelasnya dengan pemohon dan bagaimana G2RS boleh mengesahkan sambungan, termasuk keratan akhbar, pautan laman web, tapak maklumat perniagaan, dan lain-lain.

Nama perniagaan berhadapan pengguna / DBA

Sila berikan Nama Perniagaan Berdaftar anda *
Nota: Sekiranya anda medapatkan pengesahan G2RS berdasarkan lesen atau pendaftaran anda dengan badan kawal selia atau pihak berkuasa di Malaysia, sila pastikan bahawa nama perniagaan yang anda berikan adalah sama atau sepadan dengan ejaan yang sama sepertimana seperti semasa anda membuat pendaftaran. Sekiranya nama perniagaan anda tidak sama atau sepadan dengan nama anda yang disahkan dengan Google, permohonan anda berkemungkinan akan mengalami kelewatan yang ketara atau ditolak sama sekali.

Sila berikan alamat perniagaan penuh anda *
Nota: Sekiranya anda mendapatkan pengesahan G2RS berdasarkan lesen atau pendaftaran anda dengan badan kawal selia atau pihak berkuasa di Malaysia, sila pastikan alamat yang dikaitkan adalah sepadan atau sama dengan pelesenan atau pendaftaran pemohon, jika berkenaan.

Sila berikan nombor talipon perniagaan anda *
Nota: Sekiranya anda mendapatkan pengesahan G2RS berdasarkan lesen atau pendaftaran anda dengan badan kawal selia atau pihak berkuasa di Malaysia, nombor talipon yang dikaitkan dengan pelesenan atau pendaftaran mestilah sama atau sepadan dengan pemohon, jika berkenaan.

Sila berikan Nombor Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) anda atau Nombor Pendaftaran COR@L Labuan FSA anda.

Sila nyatakan negara di mana perniagaan anda diperbadankan *

Sila berikan senarai penuh nama domain yang mana iklan anda akan mengarahkan pengguna, termasuk sebarang pautan terus ke aplikasi App Store atau Google Play anda, saluran YouTube, atau pautan serupa.
Diperlukan: Jika profil lesen/pendaftaran anda menyenaraikan satu atau lebih domain web, anda mesti memasukkan semuanya dalam medan ini. *

PENTING: Sila hantar satu domain setiap medan teks. Domain tambahan boleh ditambah dengan symbol tambah. Ini akan mejadikan satu-satunya domain yang anda dibenarkan untuk membuat pengiklanan. Sila pastikan anda menyediakan senarai yang secara menyeluruh. Semua domain mesti aktif, tersedia secara umum, dan jelas disambungkan kepada Nama Perniagaan yang di mohon. (Jika anda mengemukakan borang ini untuk kali yang kedua atau berikutnya, sila ambil perhatian bahawa domain yang anda berikan di sini akan menggantikan semua domain dari penyerahan terdahulu).

Jika satu atau lebih nama domain anda disertakan dalam pendaftaran pengawal selia, maka sila senaraikan nama domain tersebut di sini. Jika anda menyenaraikan lebih daripada satu nama domain, sila asingkan senarai anda menggunakan koma. Jika nama domain anda tidak disertakan dalam pendaftaran pengawal selia, sila biarkan medan berikut kosong.
PENTING: Di mana dengan kemungkinan dengan berbuat sedemikian, dan kami amat menggalakkan anda untuk menambah domain kepada kemasukan pendaftaran anda dan memastikan anda mempunyai jalan masuk kepada e-mel pada domain tersebut. Tidak mempunyai ini mungkin akan membawa kepada gangguan masa depan dalam pengiklanan.

Sila kongsikan alamat e-mel di mana anda boleh dihubungi *
NOTA: G2RS memerlukan alamat e-mel hubungan yang dikemukakan berakhir dengan domain yang sepadan dengan domain laman web masing-masing atau domain alamat e-mel yang disahkan yang disenaraikan dalam pendaftaran pengawal selia yang berkaitan. Domain e-mel secara umum, seperti yahoo.com, outlook.com, dan gmail.com, tidak akan diterima melainkan dalam kes di mana pendaftaran menyenaraikan e-mel hubungan tepat yang digunakan sebagai disahkan pada profil awam perniagaan.

Jika nama domain anda disenaraikan dalam pendaftaran pengawal selia, sila berikan alamat e-mel yang menggunakan nama domain tersebut.
NOTA: Kegagalan menyediakan alamat e-mel yang sesuai mungkin mengakibatkan pengesahan gagal. Justeru itu, untuk mengelakkan kelewatan, kami juga amat mencadangkan agar anda memastikan alamat e-mel ini ditambahkan ke akaun Google Ads anda.

Jaminan *
Pemohon memberi jaminan hari ini dan secara berterusan bahawa Pemohon mematuhi sebarang dan semua kewajipan yang berkaitan dengan komunikasi, kelulusan, dan sekatan ke atas promosi kewangan menurut keperluan undang-undang dan peraturan yang berkenaan.

Terma & Syarat *
Saya mengakui bahawa saya telah membaca dan memahami Terma dan Syarat Pengesahan Perkhidmatan Kewangan G2RS dan dengan ini bersetuju untuk mematuhi semua kewajipan seperti yang dinyatakan di dalamnya.

Privasi *
Saya mengakui bahawa saya telah membaca dan memahami Dasar Privasi Pengesahan Perkhidmatan Kewangan G2RS dan dengan ini memberikan persetujuan kepada pengumpulan dan penggunaan data peribadi seperti yang diterangkan di dalamnya.